Panduan Pendaftaran Simkad BeONE

PANDUAN DAFTAR SIMKAD BeONE

simkad sp dan mnp

Pertama sekali pendaftaran simkad BeONE boleh dilakukan melalui 1Reg APP yang mana pada masa ini hanya menyokong hp android sahaja.

Pendaftaran Simkad BeONE SP

 Simkad BeONE SP adalah simkad yang siap dengan nombor baru ia boleh dilihat pada bungkusan sim itu sendiri. Sebenarnya, harga simkad dijual sebelum daftar hanya RM5. Namun selepas proses daftar simkad pelanggan harus buat bayaran tambahan RM5 kerana sistem akan otomatik masukkan topup kepada pelanggan sejurus pendaftaran siap. Dalam erti kata lain, harga simkad adalah RM10 sekiranya melibatkan proses pengaktifan simkad. So, anda sebagai dealer BeONE mestilah sediakan baki ewallet secukupnya kerana setiap 1 keping simkad yang diaktifkan oleh anda akan dipotong ewallet sebanyak RM5.


beone prepaid simkad sp

https://beoneshop.my/wp-content/uploads/2021/08/5_6332118568515142672.mp4

Pendaftaran Simkad BeONE MNP

Mobile Number Portability (MNP) adalah simkad yang membolehkan pengguna untuk beralih ke penyedia perkhidmatan mudah alih baru, sambil mengekalkan nombor telefon bimbit mereka yang ada. Untuk pelanggan baru BeONE Prepaid juga akan dibekalkan nilai kredit RM5 menerusi potongan ewalet dealer sejurus pendaftaran berjaya dilakukan. Jadi, simkad BeONE mestilah dijual dengan harga RM10 untuk setiap sim. Pendaftaran Simkad BeONE MNP

https://beoneshop.my/wp-content/uploads/2021/08/VID_20210828_001145_453.mp4

Siap isi form daftar simkad BeONE tapi tak dapat tekan butang submit

Sebab utama biasanya:

1) Nama ibu tak boleh panjang, letak nama depan je.

2) Alamat line pertama kena lebih 10 huruf. HURUF ye bukan perkataan.

Kemudian save draft… edit…then, submit

SEMAK STATUS MNP

1reg APP

Cek status mnp boleh dilakukan melalui 1reg app. 

https://beoneshop.my/wp-content/uploads/2021/01/Panduan_semak_status_mnp.mp4

Leave a Reply